Tuesday, 8 April 2014

Jejaki hingga BERJAYA!!!

Banyak kena belajar balik..
apapun yang pasti Belajar Nak Kembangkan Bisnes, adalah misi utk 2014 dan tahun2 ke depan.

Belajar..belajar..belajar, hingga ke puncaknya!!!
Jom..belajar dari bawah, dari tiada apa2 kepada ada apa2..boleh gitu..
apapun saya perlu menjalani hidup dengan penuh warna warni dan penuh
dengan pengalaman yg boleh mendewasakan kita semua..

Apapun EmpayarSURI kian bercambah, kian membiak..
selagi daya saya nak group yang saya bina ini akan terus berkembang maju,
seiring dengan usianya..saya baru setahun jagung..dalam melayari bisnes ini,
akan terus gigih untuk menjejaki seperti yang lain..

Jom kita ikuti cerita PERCAYA SEBELUM BERJAYA!!!

……………………………………kisah yang penuh dengan pengajaran…………………………..

Peristiwa satu perang yang berlaku pada zaman Rasulullah dan perang ini merupakan perang yang penting dalam Sirah ..iaitu Perang Khandak atau Perang Al-Ahzab(bersekutu).


Ketika Perang Khandak,nabi dan para sahabat berada dalam keadaan yang tertekan..dimana, dalam perang berkenaan, orang islam di Madinah telah dikepung oleh tentera puak Arab yang bergabung di seluruh Semenanjung Arab.Dinamakan perang Al-Ahzab kerana semua puak arab dan yahudi bersekutu dalam menentang orang islam di Madinah. Cuba bayangkan 10 000 tentera musyrikin Mekah melawan 3000 tentera Muslimin..Betapa getir dan tertekannya Rasulullah dan para sahabat ketika itu.

Lalu dalam Perang itu,satu idea bernas yang telah dicetuskan oleh seorang sahabat nabi iaitu Salman Al-Farisi..beliau telah mencadangkan agar menggali parit yang dinamakan Parit Khandak disepanjang keliling kawasan di Madinah...dan ketika Rasulullah dan para sahabat sedang menggali parit..ada satu peristiwa yang saya nak highlightkan..iaitu Nabi telah menyebutkan sesuatu berkenaan soal PERCAYA UNTUK BERJAYA untuk memotivasikan para sahabat..iaitu ''Pada satu hari nanti,Kota Konstantinople akan ditakluki..dan Raja pada masa itu adalah sebaik2 raja dan tentera pada masa itu adalah sebaik2 tentera"(Mafhum hadis riwayat Imam Ahmad)

Dan ketika nabi mengungkapkan hadis tersebut..para sahabat telah memberikan reaksi yang sangat terkejut..Haa,begitulah reaksi para sahabat ketika itu…
Petikan dari http://zan89.blogspot.com

Nampak tak, istilah Percaya Sebelum berjaya dah pun wujud semasa zaman Nabi lagi. Kenapa kita masih sukar utk percaya sebelum berjaya. Mulai hari ini jom sama2 percaya sebelum berjaya...

MummyLini
#EmpayarSURI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *