Thursday, 28 August 2014

Kepentingan Suplemen Semasa Menyusu

Kita biasanya lebih pentingkan amaun susu daripada khasiatnya. Risau bila susu tak banyak, tetapi dalam masa yang sama kualiti susu ibu tidak kurang pentingnya. Terkadang kita terlepas pandang, semasa tempoh mengandung punya la kita jaga..jaga pemakanan, makan makanan berkhasiat janji bayi kita sihat.

Biasanya semasa penyusuan ibu2 dituntut utk mendapat nutrien yang cukup. Ini akan melengkapkan keperluan ibu dan anak. Antara nutrien yang paling penting adalah Omega-3 iaitu untuk perkembangan otak bayi. Begitu juga dengan kalsium yang menyokong tulang dan gigi. Lain-lain vitamin seperti zat besi, zinc dan magnesium. Majoriti vitamin dan mineral tidak menjejaskan penghasilan susu namun perlu tahu bahawa lemak larut seperti seperti Vitamin A dan E boleh mengganggu susu ibu. 


Seeloknya rujuk pada pakar penyusuan atau doktor.Penting juga semasa menyusu ibu2 perlu lebihkan untuk makan sayur-sayuran dan perlu lebihkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan sekiranya ibu2 jenis yang liat nak makan sayur atau buah-buahan pengambilan suplemen boleh berbantu. Ini kerana sekiranya suplemen cukup ia memberi mood yang selesa, bertenaga, cergas tanpa memberi kesan pada bayi atau sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *