Pentingkah minyak ikan dijadikan suplemen harian?
Kadang2 sesetengah kita tak ambil tahu pun apa makanan terbaik utk kita satu keluarga. Yang tahu cukup makan sahaja. Haaaaa nampak tak, ada beza tau hanya cukup sekadar makan @ makan dengan makan makanan berkhasiat. Yang penting...ia penting diambil kira sejak dalam kandungan, kanak2, dewasa. Senang cerita semua peringkat umur la kan.
Kebaikan minyak ikan pada kanak2:
- Perkembangan Kognitif : beberapa kajian mendapati bayi yang dibekalkan dengan asid lemak omega-3 DHA menunjukkan peningkatan dalam fokus, kemahiran sosial dan ujian kepintaran. Bayi-bayi yang mendapat bekalan omega-3 DHA dan EPA (semasa ibu mengandung dan menyusu) mendapat keputusan yang lebih tinggi dalam ujian kognitif pada usia 4 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat DHA dan EPA.
- Risiko Asma : Kajian pada tahun 2008 mendapati ibu mereka mengambil minyak ketika mengandung, anak-anak mereka kurang mendapat asma
- Pembesaran : Membantu pembesaran dan perkembangan otak bagi bayi pra-matang.
- Kelahiran Pra-Matang : Kajian pada tahun 2003 menunjukkan wanita yang mengambil telur yang diperkaya dengan omega-3 kurang melahirkan bayi pra-matang berbanding yang tidak mengambilnya.
Minyak ikan juga membantu kanak-kanak utk cepat membaca.
Pastikan anak-anak kekal sihat dan cergas seharian.
Kebaikan minyak ikan bagi golongan dewasa:
Kesan kebaikan minyak ikan bukan hanya untuk golongan kanak-kanak sahaja malah golongan dewasa juga mampu melihat kesan terbaik sekiranya menjadikan minyak ikan di antara suplemen pilihan anda.
Untuk Kardiovaskular : Orang yang mengambil 2 kali seminggu minyak ikan mempunyai kadar yang rendah utk mendapat penyakit jantung. Satu kajian juga menunjukkan minyak ikan dalam bentuk makanan atau suplemen mampu mengurangkan risiko kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular sebanyak 32%. Mereka yang mengidap sakit jantung juga dinasihatkan mengambil 1 gram minyak ikan omega sebanyak 3 kali sehari.




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.