Monday, 23 February 2015

Alhamdulillah Ibu Saya Masih Cergas

Ibu Masih Cergas dan Sihat

Mak saya nampak lebih sihat


Alhamdulillah, sempena cuti Raya Cina saya antara yang mengambil peluang balik kampung. Ceritanya balik kampung kali ni saya nampak ibu saya lebih cergas! Soalan pertama saya "eh Ma nampak cergas la sikit, sebelum ni kan macam sakit lutut tak boleh nak jalan laju-laju sangat" ...

Sambil-sambil menjenguk ibu dan ahli keluarga baru. Dapat cucu dah pun..hahahaha terasa la makin tua. Anak buah baru saja melahirkan baby pertama, automatik dah dapat pangkat nenek..oowwwh pantasnya masa berlalu.

Apapun nak  cerita bab ibu saya. Alhamdulillah balik kampung kali ni saya tengok tahap kesihatan macam makin cergas je. Maklum la umur dah mencecah 71 tahun. Memang tidak dinafikan la ada masalah kesihatan seperti sakit lutut dan sakit-sakit urat je. Lain-lain penyakit kronik takda lagi setakat ni. Rasanya normal kot kalau bab sakit lutut tu, ye la mungkin waktu muda dah banyak guna tenaga, aktiviti harian zaman-zaman dulu tak secanggih sekarang, semua pakai manual je. 

Bila ditanya..."makan tak suplemen yang saya bagi sebelum ni", Ehh..makan, siap bawa ke Sarawak minggu lepas" sambil menunjukkan stok yang di bawa ke tempohari selama ke Sarawak semasa mengiringi cicit baru balik dari Sarawak minggu lepas. Saya juga melihat ibu seolah-oleh lebih bertenaga berbanding sebelum ni. Alhamdulillah tiada apa yang paling membuatkan seorang anak rasa happy bila tengok orang tua kekal cergas.

Kalu macam tu, saya sempat la berpesan jangan lupa makan AJHT+Omega sekali untuk dapatkan kesan yang lebih baik. Semoga kesihatan ibu saya kekal berpanjangan. 




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *