Mac Promosi ESP!!
Sebut pasal ESP ni Lini memang suka sangat-sangat la, sebab memang antara produk feverat Lini. So tepuk tangan la kita. Lini memang suka sangat dengan ESP ni, kalau tak minum ESP rasa tak best je. Tambah-tambah bila stok dah habis.
Tapi sayangnya bulan lepas dah beli ESP, sebab stok dah habis tapi mungkin boleh dibuat stok kan!! Sebelum Lini terangkan lebih lanjut pasal ESP ni jom kita berkenalan dulu dengan ESP ni. Mungkin ada yang tak tau lagi pasal ESP ni kan.
Apa itu Esp Shaklee ?
ESP adalah singkatan dari Energizing Soy Protein iaitu susu kacang soya yang telah menjalani kajian klinikal dan telah diiktiraf. Setiap tin ESP adalah berasal dari 30kg soya dan telah melalui proses yang bebas dari bahan kimia. Ia dikenal sebagai soya Non-GMO.
ESP Soya Berkualiti Tinggi
Kenapa Lini cakap ia adalah ESP berkualiti tinggi? Sebabnya ESP adalah protein soya yang mengandungi 22 jenis asid amino dan 9 asid amino penting untuk badan. ESP ini tidak diubahsuai secara genetik dan diproses di bawah suhu yang rendah. Berbanding dengan sumber protein yang lain seperti telur, susu, daging ke ESP adalah rendah lemak dan bebas kolestrol dan laktosa.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.