Wednesday 12 November 2014

Pencuci lantai serbaguna

 

BASIC H serbaguna 


Yang tak tau lagi apa itu Basic H, hakak nak memperkenalkan cecair serbaguna yang semakin dekat dihati. Setakat ni memang dah banyak kegunaannya. Macam2 boleh basuh pakai Basic H ni, dari lantai, dinding rumah, tingkap rumah, kereta, botol susu, bersih sayur, basuh buah, semua kasi bersih, licin berkilat.

Ceritanya dah lama kereta tak berbasuh, dah mood pulak terlebih rajin hujung minggu nak basuh kereta. Kita layankan aje dengan Basic H 1001 kegunaan ni. Masa tu husband senyum je dari jauh. Maybe dia nak cakap..ooo, basuh kereta dengan Basic H dia aje..Ok, kita layan sambil anak-anak main air sekali, temankan hakak basuh kereta. Sekali haaaa, tak caya ke..berkilat2 gitu. Apa lagi dah terlebih pulak mood rajin, kita cuci tingkap satu rumah pakai Basic H ni jugak. Untung sesangat, sebabnya beberapa titik jek pun dah berkilat2..memang puas hati.





Nak dijadikan cerita husband pegi cuci kereta dia kat kedai, sekali bila balik dari cuci kereta sibuk pulak mencari Basic H, katanya nak sental2 kotoran yang tak berapa nak tanggal basuh kat kedai,isssh..dah basuh kat kedai top up lagi dengan Basic H ke?
Hehehehe, sebelum ni tak percaya bila kita sental-sental kereta kita. Dah tak bersih kat kedai cari Basic H kat rumah ya. Balik dari basuh kereta kat kedai terus tanya, mana tu..apa tu BASIC H. Akak senyum jek, macam dia senyum kat kita itu hari tu. Ok sekarang dah percaya la ya. Last-last sental dengan Hasic H jugakkan. Kan dah kata, mesti best punya pakai Basic H ni. Tak percaya cer try, bersih, mudah, jimat, tiada toksin, selamat, tangan lembut je..



Selamatkah Set Berpantang Shaklee


Rasa kuat dengan Set Bersalin Shaklee


Saat selepas bersalin yang masih memenatkan, kerana kita telah kehilangan tenaga, darah dan ibu-ibu memerlukan banyak tenaga. Keperluan zat untuk badan selepas melahirkan amat  penting. Tenaga tambahan yang diperlukan lebih 2000-2500 kalori sehari. Dalam tempoh berpantang juga biasanya nutrisi tidak mencukupi dari segi pemakanannya. Sebab bagi orang melayu banyak sangat pantang larang dari segi pemakanan, itu tak boleh makan ini tak boleh makan. Oleh kerana pantang larang, kita menghadkan pembekalan nutrisi pada tubuh. 

Dek kerana masih kepenatan, tidak cukup rehat kerana menyusukan dan berjaga malam ibu2 perlu diingatkan tubuh anda memerlukan nutrisi yang cukup di samping keperluan tenaga untuk menyusukan bayi. 




Perlu diingatkan tempoh berpantang ibu2 semua memerlukan nutrisi yang secukupnya seperti:

1) Zink - Jika tahap yang rendah dalam darah, seseorang itu cenderung mudah mengalami masalah post natal. Keperluan zink untuk tujuan penyembuhan luka. Badan manusia memerlukan beberapa enzim yang bergantung kepada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

2) Vitamin B/Zat Besi - Kedua-dua vitamin ini penting bagi pembentukan sel darah merah. Proses melahirkan mengalami banyak darah yang keluar, jadi keperluan zat besi/vitamin B diperlukan bagi pembentukan sel darah merah yang baru. Zat besi juga tidak kurang pentingnya kerana terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh sebab itu ia sangat penting semasa dalam tempoh berpantang. 

Wanita yang menyusukan anak memerlukan 25-27mg zat besi dalam sehari. Ada sebab tertentu mereka yang mengalami masalah mudah merasa penat, sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman kerana kurangnya zat besi dalam badan. 

Vitamin B Complex yang mengandungi 8 jenis vitamin B sangat penting bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Fungsi Vitamin B Complex: 

#menghasilkan tenaga
#menguatkan antibodi tubuh
#pembentukan protein asid amino
#proses dan perbaiki sel-sel darah merah
#mencegah anemia
#mencegah stress
#untuk kesihatan mata, kuku dan rambut
#penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf








Tuesday 11 November 2014

Jom layan SET KOMBO Omega Guard








 Jangan risau..kita sediakan Set KOMBO, ni orang panggil Set Jimat. Rasa tak mampu nak beli semua, apa kata beli set kombo dulu. Set kombo ada setiap set tertentu mengikut kesesuaian utk meningkatkan tahap kesihatan anda semua!!

Jom malam ni kita layan 'set budget'


1) OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
• Kesihatan sendi
• Memudahkan pergerakan
• Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout

2) OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
• Detox dan membantu membakar lemak.
• Kawalan kolesterol
• Kesihatan jantung
• Bermanfaat untuk pesakit gout dan artritis
• Kesihatan sendi
• Meringankan sembelit dan buasir

3) OMEGA GUARD + CAROTOMAX
• Kesihatan mata
• Mengurangkan risiko mata kering
• Melegakan masalah kulit
• Kesihatan tisu kulit
• Meningkatkan imuniti

4) OMEGA GUARD + CHEWABLE VITA C
• Meningkatkan kesihatan anak
• Manfaat buat pesakit asma
• Kulit yg sihat

5) OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
• Keishatan jantung
• Kawalan kolesterol
• Mencegah salur darah dari tersumbat
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki

6) OMEGA GUARD + ESP
• Tenaga berpanjangan
• Kawalan paras kolesterol
• Kecantikan
• Sesuai utk ibu mengandung & menyusukan anak
• Kulit yg sihat berseri
• Slimming

7) OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
• Mengawal darah tinggi
• Kawalan kolesterol
• Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
• Bantu rawat asthma

8) OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
• Kawalan kolesterol
• Kecantikan
• Melembapkan kulit
• Menangani jeragat
• Kesihatan sendi
• Anti radang
• Kesuburan wanita
• Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

9) OMEGA GUARD + HERB-LAX
• Slimming
• Meringankan sembelit dan buasir
• Mengempiskan perut

10) OMEGA GUARD + LECITHIN
• Slimming
• Kawalan paras kolesterol
• Kesihatan jantung
• kesihatan sendi
• Meningkatkan perkembangangan memori (janin, kanak-kanak dan orang dewasa)
• Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

11) OMEGA GUARD + NUTRIFERON
• Meningkatkan pertahanan tubuh
• Melindungi dari batuk dan selsema
• Manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12) OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
• Membantu melegakan simptom senggugut
• Menggalakann kulit yg cantik
• Menggalakkan tulang yg kuat
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Melegakan sakit2 sendi

13) OMEGA GUARD + SR VITA C
• Manfaat kesihatan kulit
• Meringankan asma
• Meringankan eczema
• Meningkatkan system pertahanan badan
• Meringankan batuk dan selsema
• Kawalan kolesterol
• Mempertingkat kecerdasan mental
• Kecantikan
• Bermanfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
• Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak

14) OMEGA GUARD + VITA E COMPLEX
• Kesihatan jantung
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki
• Mencegah salur darah dari tersumbat

15) OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
• Kawalan diabetes
• Meningkatkan sistem imun
• Kesuburan lelaki
• Kesihatan kulit

16) OMEGA GUARD + MEAL SHAKES
• manfaat untuk masalah asma dan eczema anak2
• meningkatkan kesihatan
• menguatkan daya ingatan dan tumpuan
• memberi tenaga dan selera
• meningkatkan daya tumpuan

Kelebihan Omega Guard Shaklee

Minyak ikan paling best


Waaaa..masing2 nak sihat nak anak2 pandai kan. Bagus la mak ayah ada kesedaran nak bagi suplemen terbaik utk simanja tersayang. Sapa tak sayang anak kan..amanah tu tau!!
Duk demam pasal Omega Guard ni, hakak nak kongsi terdapat banyak sangat kebaikan Omega Guard ni sebenarnya.

Jom kita rungkai asal usul minyak ikan terbaik dunia ni.




Apa kelebihan Omega Guard Shaklee ni?

Minyak ikan Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen, kerana mengandungi ketujuh2 jenis asid lemak Omega 3 termasuklah EPA, DHA dan ALA.
Proses penyulingan yg dijalankan melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang mana telah memusnahkan kandungan logam yang boleh membahayakan kesihatan. 
Ia melalui proses penyulingan 3 peringkat yg berteknologi tinggi yg mana bukan sahaja menghasilkan Omega 3 yang tulen malah menyingkirkan bahan2 logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain2. Ia merupakan minyak ikan paling tulen dari segi penghasilannya. Tidak hairan lah kualiti dan kesan memang diakui semua.
Ia juga tidak diesktrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik, dah nama pun tulen.
Jadi produk yang berkesan dan berkualiti. Sungguh berbaloi.


Apa kebaikan Shaklee Omega Guard?

1) Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
2) Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok
3)Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala
4) Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
5) Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
6) Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan)
7) Sangat bagus untuk ibu hamil kerana membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
8) Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
9) Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutama yang sering demam, selesema, batuk berkahak, asthma dan ekzema.
10)Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
11) Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis
12) Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
13)Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
14) Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
15) Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
16) Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan
17) Mencegah penyakit gout dan insomnia
18) Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan terutama mengelakkan meroyan di kalangan ibu dalam pantang





Friday 26 September 2014

Jumaat penghulu segala hari..


Jom..nak share perkara2 sunat Jumaat, semoga kita berada dalam barakah dan rahmatNya..



Zinc juga untuk sumber kesuburan

Zinc mineral untuk bantu kesuburan



Zinc Complex merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita


Zinc Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.
 
Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid).







Fungsi umum Zinc Complex

Kebaikan Zinc secara alami


Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zinc didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.


Fungsi dan kebaikan Zinc:
Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes
Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zincmemainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zincmenyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut

Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Mana satu pilihan anda?


Mana satu sesuai untuk anda?



Produk Shaklee mengikut tahap kesihatan pengguna itu sendiri. Pelbagai rangkaian suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing.

  • Anti-Aging Vivix
  • Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
  • Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,
         Vitamin C
  • Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
  • Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake
  • Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
  • Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C
  • Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
  • Immune Booster NutriFeron
  • Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
  • Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
  • Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
  • Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix
  • Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron



Wednesday 24 September 2014

Ini testimoni saya!

Sebelum menjual test diri sendiri


Ok, dah lama ingat nak tulis pasal testimoni diri sendiri. Hari ni rasa kena share sedikit perubahan setelah berShaklee..hahahaha..cerita asal ingat lagi duk riki2 ngan kawan lama ni yg satu tempat keja dulu. Memula dulu beli la dgn kawan ni. Saya pilih yang set Kesihatan Optimum +free membership. Kenapa free membership nnt bersambung kemudian...

...macam best je..saya mula dengan set kesihatan optimum. Ye la saya ni kan surirumah 3 anak, anak pun menyusu lagi masa tu. Hantar amik sekolah, satu hari memang memenatkan. Sapa kata duk rumah tak penat, penat la beb sebab kerja tak habis2 kan. Sapa setuju angkat tangan..hehehe. Time suami outstation anak tido, berangkut la masuk kereta. Bila dah sakit2 badan rasa mcm dah masanya nak kena supply something yg berkhasiat utk badan.  Untung..untung..untung dapat beli barang dengan harga ahli dan untung boleh buat bisnes dan untung dapat kulit yang dah ok skit.

Ok jom cerita pasal consume ESP. Bila consume ESP memang kulit rasa mcm lain je..kurang la kekusaman tu, best sangat! Dah la mak ni jenis yang takut makan suplemen sembarangan. Takut kesan jangka masa panjang. Tapi bila dah belek buku2 yang dibekalkan alhamdulillah..suplemen ini semua halal, selamat dan nyata berkesan. Yang paling berkesan pada kulit wajah la. Dulu kulit kusam je..mmg la dah pakai krim spf pun..kulit macam tak bermaya je. 
Memang ada perbezaannya..rugi kalu tak cuba. 

Masa anak pertama tu muka pun tembam lagi..hahahaha..


Kulit makin kurang kusam, dah semakin lembab

Kulit makin glowing dan berseri

Monday 22 September 2014

Apa itu Gmo dan Non-Gmo?

Gmo/Non-Gmo, mana satu yang lebih selamat? 


Sejujurnya sebelum ni memang tak ambil tahu pun apa itu gmo / non-gmo. Senang cerita tak tau langsung pun. Tapi lebih peka pada makanan terdiri dari bahan kimia. Yesss...itu ada kaitan!
Tapi setelah diberi pendedahan dengan sumber asli dari bahan semulajadi produk Shaklee, baru nak selongkar apa itu Gmo dan Non-Gmo. 

Ok, apa itu sebenarnya Gmo dan Non-Gmo?





 

Apa itu GMO?




Ok jom kita fahami apa itu sebenarnya Gmo ni. GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki. 
  
Teknik ini mendatangkan keburukan terhadap hasil tanaman itu jika di makan haiwan atau manusia. Kajian terhadap pemberian makanan GMO kepada binatang mendapati :
  • Ketumbuhan sel berpotensi pra-kanser
  • Kerosakan sistem imunisasi
  • Otak, hati dan testikel yang lebih kecil
  • Kemerosotan separa atau peningkatan kepadatan hati
  • Bentuk sel nukleus yang ganjil
  • Lain-lain anomali yang tidak dapat diterangkan, kehamilan palsu dan kadar kematian yang lebih tinggi.

Non-Gmo? 
So kalu GMO diubahsuai secara genetik, jadi Non-Gmo pulak sah2 la bahan yang tidak diubahsuai secara genetik. Atau secara mudah untuk kita faham ia adalah bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kimia. Contoh yang paling dekat bahan kimia tersebut adalah baja. Biasanya makanan yg terdiri daripada baja yg bukan dari bahan organik ia akan mempunyai kesan sampingan.  
Pengguna sepatutnya diberitahu tentang penggunaan GMO dalam makanan yang mereka makan melalui label pada pek atau bungkusan. Buat masa ini, syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan GMO pada produk mereka. Syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk menguatkuasakan peraturan pelabelan GMO. Jika produk GMO begitu baik dan memberi faedah, mengapa ia tidak mahu dilabelkan? Sebaliknya mengapa pula pengeluar makanan asli dan organik mengambil langkah bertentangan dengan meletakkan label NON-GMO atau 'TIADA GMO' pada bungkusan mereka.

Ini memberi makna bahawa ada sesuatu yang terselindung di sebalik semua ini. Salah satu sebab mereka tidak mahu meletakkan label GMO ialah kerana mereka tidak mahu mengambil risiko pengguna akan menjauhkan diri dari produk mereka memandangkan ia telah diharamkan di Eropah.

                         

Kenapa ESP Shaklee selamat, ia adalah soya dari Non-Gmo:

  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Isoflavones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.



Jadilah pengguna yang bijak. Membeli sesuatu produk lebih baik jika anda mempunyai ilmu sebagai rujukan. Harap info yang saya kongsikan ini bermanfaat. :)

Friday 12 September 2014

Ada sebab kenapa anda perlu detox untuk KURUS

Kepentingan DETOX untuk kurus


Apa lagi nak cerita pasal julap yang selamat la. Ok..ada sebab sesiapa yang nak kurus perlu bersihkan usus=detox. Ok, nak tanya ni tau tak detox tu apa? Apa sebab nak kurus perlu detox?
Jom kita study dulu apa itu detox?

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Jangan salahkan suplemen yang dah makan berkoyan2 tapi berat duk tang tu jugak, tak turun2 kan. Mula la cakap..tak jalan la semua ni.
Jadi jika anda nak kurus atau dalam proses nak kurus, perkara pertama yang pelu dibuat adalah detox! Bersihkan usus anda supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan optimum. 





Selain dari itu agen detox semulajadi lain terdapat dari sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:
Sayur ~ Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
Buah ~ Epal hijau, nenas, pear dan lemon/oren



Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati. Ada jugak yang jenis tak makan sayur kan, apa lagi detox guna suplemen Shaklee la. Telan malam, esok zasss...senang jek..

Detox dengan Alfalfa dan Herblax:


Alfalfa pula memang dikenali sebagai agen detok yang membuang unsur mineral yang merbahaya dalam badan. Bau badan juga dapat dikawal dengan mengamalkan alfalfa. Ciri-ciri alfalfa yang membantu dalam proses pencernaan dan bersifat anti radang boleh memudahkan nyahtoksik dari badan. Selain itu, alfalfa juga bertindak seakan span yang menyerap kolestrol berlebihan dalam darah. 


Herb lax digunakan untuk membantu pembersihan usus secara semulajadi dan selamat dengna cara merangsang pengecutan otot-otot usus seterusnya membolehkan sisa-sisa yang terperangkap keluar dengan lebih cepat tanpa memerangkap toksin di dalam kolon. Antara lain kelebihan herb lax adalah ia membantu untuk mengatasi masalah sembelit teruk yang boleh mengakibatkan penyakit buasir. Ingat, usus kita hanya bekerja untuk menyerap, usus tidak tahu bahwa yang diserap itu toksin atau nutrien yang bagus. Jadi pastikan usus sentiasa baik dengan melakukan proses detox sekurang-kurangnya 2x seminggu dengan herb lax.


Siapakah dia PM Master Cery dalam Shaklee

Ok, saya di antara SID yang tidak ketinggalan yang dapatkan Majalah Harmoni bulan ni. Biasa kalu ada tajuk2 best je beli. Tapi ini berita best tau..mana tak, idola semua orang dalam Shaklee PM Master Cery (Shareeza). Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memasarkan jenama Shaklee secara online. Seorang yang optimis dalam mengejar impiannya dan melahirkan ramai jutawan Shaklee. Best kan??

Mempunyai getaran aura yang sangat kuat buat susur galurnya, kerana dari semangat itulah lahirnya jutawan muslimah di bawah naungannya. Diakui oleh beliau sendiri, menjalankan Bisnes Shaklee pada awalnya bukan seperti boleh goyang kaki. Memang sehabis daya dan keringat diusahakan. Pertamanya oleh kerana minatnya yang begitu mendalam, dan pada masa yang sama ingin menumpukan masa untuk bersama keluarga sementalah beliau merupakan Juruteka di syarikat Multinasional iaitu 'Engineer Petronas'. Melepaskan jawatan jurutera dan yakin boleh berjaya dalam Shaklee dan ternyata keyakinan dan usahanya tidak sia-sia. Beliau berjaya memegang gelaran PM Master dalam Shaklee iaitu pangkat tertinggi dalam Shaklee.





Sapa nak jadi Usahawan Shaklee

Anda boleh berjaya dengan Shaklee!!

Jeng..jeng..jeng, bukan main2 tau Usahawan..tapi ingat, sebelum jadi usahawan perlu Susahawan dulu, istilah baru ni tau..tapi itulah rahsia utk jadi Usahawan kena Susahawan dulu. Betul tak, kalu jumpa mana2 orang yang berjaya dalam Shaklee memang ada jalan ceritanya yang tersendiri..tersungkur, terjatuh, bangkit lagi..gagah dan bangun lagi. Baru boleh digelarkan USAHAWAN!!


Jom kita bukak cerita macam mana nak jadi Usahawan Shaklee?
Tepuk dada tanya diri..
Adakah anda nak ubah kehidupan dan masa depan anda?
Jikan jawapannya YA, haaaa anda dialu-alukan utk menjadi salah seorang Usahawan Shaklee. 
Hanya dengan yuran keahlian RM65 sahaja seumur hidup.
 
Anda seorang yang bijak mengambil peluang inilah masanya. Mempunyai sikap yang aktif, komited dan bersemangat untuk berjaya. Dialu-alukan untuk menyertai kami. Kita dalam satu kumpulan bertindak memberi tunjuk ajar bagi yang benar-benar ingin berjaya. Shaklee adalah peluang yang 'limitless'. Paling best jugak bisnes ini boleh diwarisi oleh keturunan anak2 kita. 
Keistimewaan menjadi ahli Shaklee:

1)Bimbingan intensif disediakan secara ONLINE/OFFLINE di Facebook.

2)Hanya pengedar sah yang berdaftar bersama kami layak menyertai group EXCLUSIVE kami dan mendapatkan RAHSIA KEJAYAAN
Apakah keistimewaan bergelar Ahli @ SID (Shaklee Independent Distributer)
Insentif yang ditawarkan oleh Shaklee:
✔ Ganjaran tunai (CASH)
° Bonus peribadi sehingga 21%
° Leadership bonus sehingga 6 level
° Insentif Coordinator sehingga 1.5%

✔ Program kereta (CAR)
° Insentif wang tunai untuk pembelian kereta dan sebagainya.

✔ Percutian (CONVENTION)
° Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang yang
ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee di dalam dan luar negara
° Berpeluang menunaikan umrah bagi yang muslim membawa
bersama ahli keluarga; ibubapa, anak-anak dan saudara-mara






Apa yang istimewa sangat Kolagen Shaklee ni

Kalu nak cerita bab kolagen ia terdapat dalam pelbagai sumber tetapi sumber Kolagen terbaik adalah dari Sisik Ikan Merah.  

Kenapa pulak Ikan Merah?
Sebabnya Ikan Merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m, Ikan Merah boleh menahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup dengan bebas di lautan dalam. Menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak dan elastik, kepaduan sel yang tinggi, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan serta jisim molekul yang sangat rendah iaitu hanya 1000 Dalton sahaja...
Selain daripada Ekstrak Sisik Ikan Merah, Collagen Powder Shaklee telah menambah 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan Collagen.. Antara bahan dan fungsinya ialah :-

 

Fungsi setiap bahan utama Shaklee Collagen Powder


1. Kolagen dari Sisik Ikan Merah

  • Sisik Ikan Merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan
2. Ekstrak biji Camellia japonica
  • Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas
3. Ekstrak Pfaffia
  • Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.
  • Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin
4. Elastin dari kolagen ikan
  • Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
  • Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik
5. Vitamin C & Vitamin B
  • Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita
  • Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel
6. Ekstrak Kekerang

  • Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
7. Lactobacillus acidophilus
  • Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen

Kolagen Antara Rahsia Penyeri Wajah

Apa itu Kolagen?
Ia adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang, jantung serta sistem limfatik.

Dah tau apa itu Kolagen, mesti nak tau pulak apa fungsi Kolagen ni pulak ke atas badan kita. Pentingkah Kolagen ke atas tubuh badan kita semua ni. 
Ok, dah tau apa itu Kolagen kan..then lagi satu tau tak kenapa pulak dah kena makan dan tambah kolagen dalam badan cik akak2 dan cik abg semua?
Dah agak, mesti nak tau..hakak nak kasi tau ni, tahukah anda di luar sana bila umur kita mencecah 25 tahun dari umur itulah jumlah kolagen akan menyusut di dalam badan kita. adar penghasilan collagen akan berkurang sebanyak 1.5% setiap tahun. Itu yang umur 25 tahun, yang lebih dari 25 tahun tu selamat mengira la ya!! 





Nampak tak kesan2 kekurangan kolagen dalam badan ia berkait rapat dengan pengenduran kulit. Kesan kolagen ke atas tubuh badan Kita dan berfungsi utk:
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Tak hairanlah kalau ditanya apakah rahsia awet muda dan kulit cantik, sudah semestinya  antara jawapan yg perlu dijawab cukupkan kolagen dalam badan!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *