Wednesday 12 November 2014

Selamatkah Set Berpantang Shaklee


Rasa kuat dengan Set Bersalin Shaklee


Saat selepas bersalin yang masih memenatkan, kerana kita telah kehilangan tenaga, darah dan ibu-ibu memerlukan banyak tenaga. Keperluan zat untuk badan selepas melahirkan amat  penting. Tenaga tambahan yang diperlukan lebih 2000-2500 kalori sehari. Dalam tempoh berpantang juga biasanya nutrisi tidak mencukupi dari segi pemakanannya. Sebab bagi orang melayu banyak sangat pantang larang dari segi pemakanan, itu tak boleh makan ini tak boleh makan. Oleh kerana pantang larang, kita menghadkan pembekalan nutrisi pada tubuh. 

Dek kerana masih kepenatan, tidak cukup rehat kerana menyusukan dan berjaga malam ibu2 perlu diingatkan tubuh anda memerlukan nutrisi yang cukup di samping keperluan tenaga untuk menyusukan bayi. 




Perlu diingatkan tempoh berpantang ibu2 semua memerlukan nutrisi yang secukupnya seperti:

1) Zink - Jika tahap yang rendah dalam darah, seseorang itu cenderung mudah mengalami masalah post natal. Keperluan zink untuk tujuan penyembuhan luka. Badan manusia memerlukan beberapa enzim yang bergantung kepada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

2) Vitamin B/Zat Besi - Kedua-dua vitamin ini penting bagi pembentukan sel darah merah. Proses melahirkan mengalami banyak darah yang keluar, jadi keperluan zat besi/vitamin B diperlukan bagi pembentukan sel darah merah yang baru. Zat besi juga tidak kurang pentingnya kerana terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh sebab itu ia sangat penting semasa dalam tempoh berpantang. 

Wanita yang menyusukan anak memerlukan 25-27mg zat besi dalam sehari. Ada sebab tertentu mereka yang mengalami masalah mudah merasa penat, sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman kerana kurangnya zat besi dalam badan. 

Vitamin B Complex yang mengandungi 8 jenis vitamin B sangat penting bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Fungsi Vitamin B Complex: 

#menghasilkan tenaga
#menguatkan antibodi tubuh
#pembentukan protein asid amino
#proses dan perbaiki sel-sel darah merah
#mencegah anemia
#mencegah stress
#untuk kesihatan mata, kuku dan rambut
#penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *