Friday 5 September 2014

Kolagen tu apa benda?

Assalamualaikum..
Selamat pagi, lama tak bersiaran hari ni nak sharing pasal Kolagen sempena bulan Promosi Kolagen untuk September.
Kolagen ni apa? mesti ada yang tak tau..dan nak tau pasal kolagen. Kolagen ni sebenarnya tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi, dan saluran darah.

Itu la yang yang dikatakan Kolagen. Dan yang paling best, Kolagen ini dikaitkan dengan kecantikan. Terlalu banyak kolagen2 yang dijual di pasaran, dan yang lebih penting adakah ia selamat untuk kita.
Ada yang murah, ada yang mahal..macam2 ada. Yang penting ia selamat dan berkualiti untuk badan kita. Ingat tak kalu muka semacam cantik, selalu artis camtu..kan orang selalu kaitkan dengan cucuk kolagen ek..
haaa, nampak kan kesan kolagennya di situ..sana sini cakap pasal kolagen.

Kepentingan Kolagen untuk badan:

1. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan -
 Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu kulit untuk kekal cantik dan sihat. Kolagen juga berupaya mencegah proses penuaan kulit seperti mengurangkan kedutan.

2. Pulihkan masalah kulit - 
Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

3. Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

4. Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

5. Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%.
 
6. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - 
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
 
7. Melambatkan proses penuaan kulit - 
Peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *