Thursday 26 February 2015

7 Tabiat Menyebabkan Tumbuhnya Jerawat

JERAWAT TUMBUH LAGI

Jerawat sememangnya merimaskan kaum wanita ni, apatah lagi ia boleh naik satu persatu. 
Bukan apa tumbuh jerawat ni sakit sebenarnya. Biasa dengan seketul jerawat itulah ia mula merebak untuk tumbuh jerawat-jerawat baru.

Jadi kenali tabiat yang membolehkan tumbuhnya jerawat:


1. Jangan terlalu kerap membersih wajah anda

Perlu membersih kulit wajah, tapi jangan terlalu kerap kerana ini akan memburukkan lagi masalah jerawat yang anda hadapi. Cukup sekadar sejurus bangun dari tidur dan sebelum anda masuk tidur balik. Ini bukan apa, kulit berjerawat ni cepat sangat sensitif, so nak kena jaga pun cara yang berhati-hati. 

2. Tidak membersih peluh selepas berolahraga

Ia, anda kelihatan penat selepas melakukan aktiviti riadah, tapi ingat anda perlu bersihkan kulit wajah setelah anda beriadah. Ini kerana bertujuan membersihkan kotoran selama beriadah dan bersihkan peluh-peluh di kulit wajah anda.

3. Jangan Menggosok Kulit Wajah Terlalu Kuat

Jangan sekali-kali. Kulit Muka adalah sangat sensitif, nipis dan mempunyai tekstur yang lembut. Jadi jangan disental dengan begitu kasar. Sentalan yang berlebihan membuatkan iritasi kulit dan jerawat anda semakin parah. Ingat gosok secara lemah lembut sahaja.

4. Jangan memegang dan memicit jerawat

Jangan duk gatal-gatal tangan tu nak picit jerawat dan nak pegang jerawat-jerawat tu. Memegang jerawat menyebabkan jangkitan ke tempat lain, memicit juga menyebabkan luka ia lebih dalam. So jari tu jangan gatal-gatal nak picik jerawat tu.

5. Hati-hati dengan produk rambut

Ok, hati-hati jangan terkena muka sekiranya anda penggemar spray rambut, mousse, atau gel rambut. Jika kulit muka terdedah ia akan menutup pori-pori kulit muka anda. Ia juga penyebab tumbuhnya jerawat. Sebaiknya tutup wajah anda sebelum anda menggunakan produk-produk rambut tadi.

6. Produk yang 'berminyak'

Perlu ingat ya, produk yang cenderung berminyak bila anda memakainya ia cenderung untuk menutup pori-pori kulit muka anda. So buat pilihan yang betul dan sesuai dengan kulit anda.

7. Jangan hentikan rawatan wajah

Jangan buat rawatan separuh jalan. Mungkin ia mengambil masa mengikut kulit anda. Pilih rawatan atau suplemen yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Jika kulit berjerawat buat pilihan untuk dapatkan untuk kulit bermasalah anda.







Saya cuba untuk membantu anda dengan SET JERAWAT SHAKLEE. Anda perlu konsisten dan proses pemulihan mengikut diri masing-masing. Jom kita lihat testimoni yang dah berjaya dengan Produk No 1 ini...





#Testimoni 1

Tengok setelah konsisten menggunakan ESP dan Vit E, Puan Sha berjaya mendapat kulit muka tanpa jerawat lagi.





#Testimoni 2
Beliau telah mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee iaitu Vit C dan Vit E selama 3 bulan. Hasilnya yang sangat ketara dan dalam masa yang sama masalah jerawat dapat diatasinya. Sejak mengamalkan Shaklee jerawat pun dah segan nak naik dan kalau muncul pun tidak naik keterlaluan.
















Monday 23 February 2015

Cara Si Manja Mendapat Khasiat

Vitalea Kids multivitamin untuk si manja

 

Seperti kebanyakan ibubapa saya juga melalui saat-saat kesukaran bagi anak-anak yang memilih makanan. Mungkin anda juga pernah mencuba pelbagai helah dengan memotong pelbagai karakter yang menarik buat anak-anak tertarik untuk makan sayur kan?
Kadang-kadang ia memang menjadi tetapi apa ceritanya sebaliknya kalu taktik itu tidak menjadi.  Sebagai ibu memang la risau sekiranya si manja tidak mendapat nutrien secukupnya seperti anak-anak lain.

Kandungan multivitamin kanak-kanak

 

Vitalea Kids mempunyai kandungan lengkap 18 vitamin dan mineral penting untuk tubuh si manja. Ia bertujuan untuk pertumbuhan dan tumbesaran anak-anak. Juga memberi 100% keperluan Vitamin C, D, dan E serta mempunyai kesemua 8 kumpulan Vitamin B. Selain itu terdapat 200 mg kalsium, magnesium, zinc, dan banyak lagi. Menjadi kesukaan buat kanak-kanak dengan perisa manis semulajadi yang mana tidak menyebabkan kaviti pada kanak-kanak (jadi ibu tak perlu risau ya). Tiada pewarna tambahan dan tanpa sebarang pengawet serta bebas Gluten.

Kebaikan Chewable Vitalea:

  •  pelengkap nutrisi yang diperlukan si manja
  • untuk kesihatan mata, usus dan hati
  • kesihatan tulang dan sistem imunisasi
  • meningkatkan kesihatan paru-paru
  • memberikan tubuh badan yang bertenaga
  • memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  • meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anak-anak anemia
  • kecerdasan minda anak-anak
  • membantu menyerap zat dari makanan
  • membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • mengekalkan tekanan darah normal

Siapa yang memerlukan Multivitamin Vitalea:

Ok, anak-anak yang memerlukan Vitalea Kids ni seperti:
  • yang tak suka makan sayur
  • yang suka sangat makan 'junk food'
  • kurang mendapat makanan berkhasiat
  • yang selalu jatuh sakit
  • yang sering luka dan lambat sembuh dari luka
  • yang kurang aktif
  • memilih makanan 





Alhamdulillah Ibu Saya Masih Cergas

Ibu Masih Cergas dan Sihat

Mak saya nampak lebih sihat


Alhamdulillah, sempena cuti Raya Cina saya antara yang mengambil peluang balik kampung. Ceritanya balik kampung kali ni saya nampak ibu saya lebih cergas! Soalan pertama saya "eh Ma nampak cergas la sikit, sebelum ni kan macam sakit lutut tak boleh nak jalan laju-laju sangat" ...

Sambil-sambil menjenguk ibu dan ahli keluarga baru. Dapat cucu dah pun..hahahaha terasa la makin tua. Anak buah baru saja melahirkan baby pertama, automatik dah dapat pangkat nenek..oowwwh pantasnya masa berlalu.

Apapun nak  cerita bab ibu saya. Alhamdulillah balik kampung kali ni saya tengok tahap kesihatan macam makin cergas je. Maklum la umur dah mencecah 71 tahun. Memang tidak dinafikan la ada masalah kesihatan seperti sakit lutut dan sakit-sakit urat je. Lain-lain penyakit kronik takda lagi setakat ni. Rasanya normal kot kalau bab sakit lutut tu, ye la mungkin waktu muda dah banyak guna tenaga, aktiviti harian zaman-zaman dulu tak secanggih sekarang, semua pakai manual je. 

Bila ditanya..."makan tak suplemen yang saya bagi sebelum ni", Ehh..makan, siap bawa ke Sarawak minggu lepas" sambil menunjukkan stok yang di bawa ke tempohari selama ke Sarawak semasa mengiringi cicit baru balik dari Sarawak minggu lepas. Saya juga melihat ibu seolah-oleh lebih bertenaga berbanding sebelum ni. Alhamdulillah tiada apa yang paling membuatkan seorang anak rasa happy bila tengok orang tua kekal cergas.

Kalu macam tu, saya sempat la berpesan jangan lupa makan AJHT+Omega sekali untuk dapatkan kesan yang lebih baik. Semoga kesihatan ibu saya kekal berpanjangan. 




Wednesday 11 February 2015

Legakan Sakit Sendi dengan AJHT

Sakit Sendi tak terkata

Saya hanya mampu melihat, bila mak dari kampung datang rumah kat kl dengan tiba-tiba datang sakit lutut, mungkin dek kerana berjalan masa nak naik flight. Tapi itulah nak bagi tau, golongan warga emas memang sampai satu tahap mengalami masalah sakit sendi=sakit lutut. Masa tu saya tak tau nak buat apa, sehinggakan nak ke bilik air harus dipapah. Tapi saya boleh bayangkan betapa sakitnya pengidap sakit lutut ni.

AJHT (advance joint health tablet) iaitu suplemen yang menggalakkan fungsi sendi. Ia akan menyokong fungsi sendi untuk jangka panjang. Antara fungsi Ajht ialah:


  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *